Sunday, June 3, 2012

Yakinkan Diri


 (Kecewa lagi. Entri ini sekadar meyakinkan diri bahawa Hiduplah dengan ceria dan lekaslah keluar dari perasaan sengsara ini)
 Entri ini pernah ditulis suatu masa dulu...
Sebenarnya, cinta...tak pernah lepas dari ingatan walau ke mana arah kita pergi. Ke kanan ke kiri, semuanya ada cinta. Sukar untuk melarikan diri daripada lima aksara itu. Walau nyatanya, cinta itu terlalu indah dan terlalu menyakitkan. Ada yang pernah berkata, cinta itu sakit yang indah. Iyakah? Pada hanna mungkin iya, andai cinta itu masih dimiliki. Tapi, bila cinta sudah jauh meninggalkan adakah ia masih indah? hmm, mungkin ia indah untuk dikenang dan disimpan dalam lipatan memori.

Cinta kepada Allah adalah cinta segala-galanya. Sekarang dan sentiasa, hanna mengharapkan cinta ini kekal dan mekar berkembang. Selama-lamanya. Walau ada badai walau ada rantai duka, moga cinta ini terus kejap dilaksanakan terhadap Yang Maha Kuasa. Amin.
Pesan ibu
usah dipendam rasa yang keliru
luahkan segala
agar hilang gusar di kalbu.

Kataku pula
payah meluahkan segala isi duka
biarlah
begini adanya
tidak kumahu
merencana cerita
tentang cinta manusia
yang tiada setia.

diam
sepi itu tak mahu lagi bersuara
berceritalah tentang isi alam
wahai ibuku
biarlah
begini adanya.

hanna @ anakmu, along.


kususun senyum
hanya buat yang mengerti
dan sudi menghargai.

~hJ~

Saturday, June 2, 2012

Separuh Purnama


2012/

Sudah separuh purnama berlalu. Jun, datang lagi menggamit usiaku yang ke 25 tahun. Dengan nafas yang bersulam sendu, aku bersyukur, Allah masih mahu memberi nyawa hidup dalam jasadku.

Alhamdulillah.

Jun yang hadir, kunilai kembali jalan-jalan yang telah aku lalui. Aku sendiri mengembara ke dalam memori, yang telah lama aku lupai. Satu per satu aku jelajahi. Aku buka semua tulisan-tulisan lamaku. Melihat, membaca dan menilai sendiri. Betapa aku jatuh hati kepada penulisan lamaku. Yang kini tidak sama lagi.

Aku tertanya-tanya, aku bersoal-soal kepada diri. Jawabnya... 'bukankah ini tandanya masa yang sudah banyak berubah?' 'Bukan masa yang berubah, tetapi diri dan persepsi hati yang menulis. Adakah masih sama niat dan jiwa menulisku kini dan suatu ketika dahulu?'

Ya, itulah persoalan dan jawaban sebenar yang perlu aku perjelaskan kepada diri. Aku masih mencari, sebab dan alasan yang wajar...

Hingga kini, aku masih tidak mampu menulis panjang. Aku sedih, dan aku berharap ini bukanlah pengakhirannya... Tidak! Semoga tidak! Amin. :(

Thursday, May 24, 2012

MM Buah Hati Pertama!

BUAH HATI PERTAMA TERSIAR DI MINGGUAN MALAYSIA, 20 MEI 2012... SYUKUR.
ALHAMDULILLAH. 

Setiap tahun, saya tetap berusaha. Menulis sajak dan melunas niat. Berusaha menulis sesuatu yang memberi manfaat. Menulis sesebuah karya yang memberi makna dalam kehidupan setiap pembaca.

Syukur, rezeki DIA... akhirnya azam saya tercapai. Buah Hati pertama tersiar dalam akhbar MINGGUAN MALAYSIA, 20 MEI 2012. Sajak berjudul BENIH SANTUN yang saya karangkan ini, semoga sama-sama beroleh manfaat daripada tiap makna yang terukir.

Berbunga harum
benih-benih santun
akarnya teguh
mencengkam jujur
tiada rengsa pabila gugur
aman mengiring waktunya
mumur.

Semoga kelak, kita juga beroleh santun ketika hayat dipanggil yang Maha Berkuasa. Amin. 

PENAWAR RINDU

Inilah hobi baru saya. Semenjak dua menjak ini saya suka men-doodle atas gelas, baju dan kertas lukisan... Cantik tak? hehe...


GELAS INI KOSONG, LALU SAYA DOODLE KAN IA DENGAN PEN SHARPIE... :)
SAYA SUKA CORAK FLORA... :)
MASA INI DI PEJABAT, KELAPANGAN MENYEBABKAN SAYA MEN DOODLE KAN GELAS INI... :)

CUBAAN PERTAMA ATAS KERTAS LUKISAN... :)
NAMA ANAK BUAH KEDUA... DIA SUKA ROBOT! :)
MODEL TERBAIK! :)
NAMA ANAK BUAH...





ILUSTRASI DARIPADA JUDUL NOVEL SAYA DAN KAK AIN MAISARAH... CUBAAN KETIGA. :)

KARYA BULANAN

SAJAK TIANG. TERSIAR DI MAJALAH TUNAS CIPTA APRIL 2012.


ARTIKEL TENTANG DIRI SEBAGAI PENULIS. :) MAJALAH TUNAS CIPTA MEI 2012.

SAJAK WARKAH MENGECAP ALAM, OKTOBER 2011. MAJALAH TUNAS CIPTA.



Saturday, May 12, 2012

Resensi Hanna: TUNJUKKAN AKU JALAN KE SYURGA

12.Mei.2012. di ZMCS, Labis.

Dalam kondisi kepala yang masih pening. Syukur, hari ini saya diberi kesempatan untuk menulis resensi buku yang baharu saya baca. Judulnya:             Tunjukkan Aku Jalan ke Syurga.


Buku ini menghimpunkan lebih daripada 10 cerita benar yang membawa si pencerita ke jalan yang cerah. Buku ini saya peroleh daripada seorang rakan baharu yang baik. Dia memberi pinjam dan mencadangkan untuk saya bacakannya sepenuh jiwa. Ya, saya sudah baca sepenuh jiwa. Dengan izin DIA.

Buku ini memberi keinsafan kepada diri. Ketika kekusutan usahlah sesekali menghampiri mati yang dicari sendiri. Ketika kebuluran dengan rasa tenang dan tenteram, sentiasalah bawa hati mengenal Allah dan berzikir kepada NYA. Keinsafan yang diditipkan pembacaan meloloskan hati agar sentiasa mahu bersama-sama Allah yang Maha Esa. Walau dalam senang mahu pun diundang dugaan.

Allah, tuhan yang Maha Agung. Tiada lain yang berhak disembah melainkan Allah.

Antara beberapa cerita yang ingin saya kongsikan di sini berkenaan ‘tarikan/ undangan Allah kepada hamba-NYA untuk kembali ke jalan yang diredhai’ dan ‘begitu kasih Allah memberi peluang kepada mereka untuk bertaubat selagi hayat dikandung badan.’

Saya membaca kisah Nora (penyanyi Malaysia), Aida Khalida (pelakon Malaysia), Noraniza Idris (penyanyi Malaysia). Bagaimana kisah mereka kembali ke jalan yang dirahmat Allah, seolah-olah sama namun ada sedikit berbeza dari soal hidup dan jalannya. Pandangan yang sama pada mata saya ialah ketiga-tiga mereka menyebut di dalam cerita masing-masing bahawa:

1.       Syukur kerana Allah memberi peluang untuk bertaubat dalam masa mereka masih muda. Mereka bertuah kerana lekas sedar daripada tersasar dan memiliki hati keras sehingga tua.
2.       Menjadikan tudung sebagai langkah pertama untuk mendekatkan diri kepada Allah. Benarlah, untuk menjadi baik, sempurnakanlah dahulu aurat yang terbuka agar ditutup mengikut syariat agama.
3.       Di dalam kisah mereka, masing-masing memperkatakan ketenangan dan kesungguhan hidup dalam dunia ini tidak akan digapai kalau niatnya bukan kerana Allah. Benar sekali, setelah masing-masing keluar daripada jiwa yang melarat (jiwa yang mencari dunia semata-mata) mereka bertemu dengan keharmonian dan ketenangan yang maksimum. Segalanya setelah mereka insaf dan mereka yakin bahawa Allah adalah segala-galanya dalam hidup mereka.
Alhamdulillah, saya juga mengucap syukur yang tidak terhingga kepada Allah. Pertamanya kerana menemukan saya dengan seorang rakan baharu ini yang sudi meminjamkan saya buku-buku yang baik isinya. Keduanya, saya bertuah kerana ini juga merupakan salah satu pencerahan jiwa buat saya untuk mendekatkan diri kepada Allah. AllahuAkbar.
Seterusnya, dipaparkan juga sebab dan jalan Sham Kamikazee (penyanyi Malaysia) berubah untuk memilih jalan Allah.
AZAN, SOLAT DAN SAHABAT
Ketika Sham melawat sahabatnya, mereka berbual-bual hingga berkumandangnya azan Zohor. Sahabat Sham meminta diri sebentar untuk menunaikan solat. Sementara Sham duduk bersahaja menanti sahabatnya kembali. Usai sahabatnya solat, mereka menyambung perbualan. Sahabatnya Sham banyak menceritakan perubahannya sekarang ini. Sham masih tidak berasa apa-apa malah melihat perubahan sahabatnya itu suatu perkara yang biasa. Hingga berkumandang azan waktu Asar, sahabatnya meminta izin berhenti berbual dan dia pergi melunaskan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah. Sham tidak mengikutnya tetapi duduk bersahaja sedangkan surau/masjid hanya berhadapan dengan rumah sahabatnya itu…hingga suatu perkara (anda perlu bacanya sendiri), membuatkan Sham sedar. Alhamdulillah, hingga kini Sham banyak melakukan amal dan dakwah. Doanya agar Allah tidak menarik balik nikmat kesedaran yang diberi ini. Amin.
AZAB
Buku ini juga memaparkan tentang azab kematian. Tujuannya untuk mendatangkan iktibar kepada pembaca agar lekas sedar dan takut akan balasan Allah atas tiap2 dosa yang dilakukan. Azab seorang pengedar dadah ke tali gantung. Kisah ini memberi sedar kepada warder penjara. Kerana melihat seksaan yang ditanggung si pesalah akhirnya memberi rasa insaf kepada dirinya juga.
TANDA DIPANGGIL
Judul ‘Mari Ikut Mak Ke Alam Barzakh’ memberi seribu kali kata yang sukar terungkap. Saya juga pernah mendengar cerita ini, daripada saudara-mara khususnya. Kata mereka, jika seseorang itu sudah hampir ‘pergi’ mesti dalam nazaknya mereka akan termimpi arwah-arwah yang mendekatinya dan mengajak mereka meninggalkan dunia. Beginilah yang terjadi kepada ahli keluarga si pencerita. Betapa baiknya mereka yang dikurniakan nikmat itu telah tahu bila waktunya mereka akan ‘pergi’ buat selama-lamanya.
INSAF
Sudahkah tersisip insaf di dalam hati? InsyaAllah. Semoga dalam hidup ini, saya dan para pembaca semua dapat menikmati kehidupan dengan rasa syukur kepada Ilahi. Cukuplah kita membaca dan berasa sakit hanya ketika menelaah buku ini. Dan ketika di luar bacaan, kita akan dapat menjadi manusia, masyarakat dan hamba yang benar-benar baik dan bertaqwa. InsyaAllah.

Dapatkan buku ini pada harga RM 12.90 sahaja. Penuh manfaat dan kisah-kisah menawan kalbu. InsyaAllah.

Thursday, May 10, 2012

SEPINTAS LALU PBAKL 2012

Cerita dalam gambar, Alhamdulillah, semuanya happy dan bermakna sekali.

DISERBU OLEHAHLI KELUARGA YADIM, FAMILI YANG AMAT MENGGEMBIRAKAN HATI. :)

4HB MEI, SECARA TAK SENGAJA BERTUGAS DI MEJA PENULIS KEDAI PINK AIN MAISARAH. PEMINAT PERTAMA YANG SUDI MEMBELI DAN BERGAMBAR. ALHAMDULILLAH.

KE MANA-MANA SAHAJA SAYA BAWA LUKISAN KECIL INI. HAJAT MAHU DAPATKAN TANDATANGAN SEMUA PENULIS DAN KAWAN2 YANG BAIK TERCAPAI WALAU TIDAK SEMUA DIPENUHI. :)

PEMINAT NOVEL AIN MAISARAH YANG BAIK!

CUN! PULANG DARI SEKOLAH TERUS KE PBAKL DAN DAPATKAN NOVEL AMLH INI. :)

TEMAN BAIK YANG MENGGELARKAN DIRINYA PA KEPADA ARTIS. ARTIS ITU IALAH SAYA. HEHE....

BERSAMA PENULIS HEBAT, KAK HANI SALWAH YAAKUP

DI RAK KARANGKRAF, PROMOSIKAN JOM MAIN!

BERSAMA PENULIS IZANOR SHARIF, PENULIS HEBAT DI BLINK BOOK SDN BHD.... BANYAK DAH NOVEL KAK IZANOR TERBIT. BEST!

BERSAMA DUA ORANG KUAT BLINK BOOK SDN BHD. KAK IZANOR DAN ABANG AZANIL FITRI.

BERSAMA MAMA BELLA, ORANG KUAT BLINK BOOK SDN BHD JUGA. PENULIS AKU MAHU SAIZ XL.

SEMPAT MEMBORONG BUTTON BADGE DI KEDAI PINK, DAN PROMOSIKANNYA DI SINI. EWAH!

JIWA SASTERA. SEBELUM KE PWTC, SAYA KE UKM DAHULU. NIAT MAHU MELAWAT PENSYARAH2, TAPI MEREKA ADA 'MEETING' PULA. AMAT TERKEJUT APABILA RUANGAN BICARA TUNAS YANG TERISI TENTANG PROFIL SAYA SEBAGAI PENULIS SUDAH DIFOTOKOPI DAN DITAMPAL DI PAPAN MERAH ITU. ALHAMDULILLAH, BAKAT INI BENAR2 DIHARGAI WARGA FSSK, UKM. :)

DISURUH PA UNTUK PROMOSI BUKU SENDIRI DI HADAPAN KEDAI PINK AIN MAISARAH. :)

5HB MEI. MULA BERTUGAS DI MEJA PENULIS SECARA RASMI. ANTARA PEMINAT2 NOVEL YANG BERGAMBAR BERSAMA. :)

SELAMBA!

ANGGUN!

CURI PANDANG MANIS!

TERUJA!

BERSAMA TIM BELAKANG TABIR DI KEDAI PINK AIN MAISARAH.... SANGAT PEMURAH MEREKA INI. :)

SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA DR. HM TUAH. HIHI... SEMOGA DIRI INI BERTUAH SELALU. :)

DI BOOTH KARANGKRAF, BERGAMBAR DENGAN JOM MAIN! DI TINGKAT RAK YANG LAIN.... :)

Monday, April 30, 2012

NOVEL COMEL: MISTERI GADIS BERBAJU PUTIH



Di malam hari…. Jeng jeng jeng!

Ini merupakan NOVEL COMEL karya Hanna Johan terbitan Blink Book Sdn Bhd. Novel Comel berjudul MISTERI GADIS BERBAJU PUTIH ini berkisar kisah seorang gadis berbaju putih yang sering menjadi tanda tanya para pembaca Novel AKU MAHU LAWAN HANTU.
Bersama Penerbit Blink Book Sdn Bhd ini, akan ada Novel Comel bagi setiap Novel yang terhasil. Jadi pasangan bagi Misteri Gadis Berbaju Putih ini ialah Aku Mahu Lawan Hantu.
Mari dapatkan di Kedai Pink Ain Maisarah, pada harga RM 4.00 sahaja. Tidak terdapat di kedai-kedai buku lain ya. 

Selamat Membaca dengan sepuasnya!

Sunday, April 29, 2012

HANNA JOHAN DI PESTA BUKU 5 MEI 2012, PWTC



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi pada tahun 2012. Tahun ini tahun pertama saya hadir ke sana sebagai PENULIS. Syukur kepada Ilahi, Syukur yang tidak terhingga-hingga, atas rahmat dari-NYA tercapai sudah cita-cita untuk bergelar seorang Penulis.
Bermula dengan kisah angan-angan sewaktu di sekolah rendah, akhirnya kini atas usaha dan semangat yang tersisip erat dalam diri, saya berjaya bergelar sebagai seorang Penulis. Ya, saya tahu bergelar seorang Penulis ini bukan mudah, dan saya tidak akan sia-siakan semua kepayahan yang sudah saya lalui sepanjang hayat meniti usia cita-cita ini.

Dalam hati dan diri, sentiasa saya memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi tentang perihal ini. Saya juga mengharapkan agar segala ‘keasyikan’ dalam bidang Penulisan ini tidak melalaikan saya tetapi sentiasa membimbing saya ke jalan kebaikan.

Okey, sebenarnya mahu cerita… Jika anda ke PWTC pada 5 Mei 2012, marilah beramah mesra dengan cik Hanna Johan di booth Buku Prima, Karangkraf pada sebelah pagi dan InsyaAllah sebelah petang juga ada (belah petang belum pasti).


Kemudian di sebelah petang pula pada jam 4.00-5.30 petang bolehlah bertemu cik Hanna Johan di booth Pink Ain Maisarah pula. Kedua-dua jadual di meja penulis pada 5 Mei 2012. 

JADUAL HANNA JOHAN DI MEJA PENULIS (SEBELAH PAGI)
JADUAL PENULIS DENGAN BUKU PRIMA, KARANGKRAF. 5 MEI 2012 BERSAMA HANNA JOHAN
 
       JADUAL HANNA JOHAN DI MEJA PENULIS (SEBELAH PETANG)    
JADUAL PENULIS DENGAN BLINK BOOK SDN BHD. 5 MEI 2012, HANNA JOHAN DAN AMAN WAN.


Semoga di sana nanti semuanya berjalan lancar. Sesungguhnya, kepada-Mu hamba berserah. Amin.

PUISI PADA APRIL

TERBIT DI HARIAN METRO, SELASA 10 APRIL 2012
Alhamdulillah, ini satu-satunya karya yang tersiar pada bulan April 2012. Hanya 1 karya? Ya, itu yang termampu. Sebenarnya sudah banyak yang ditulis dan dihantar, cuma rezeki tidak berpihak. InshaAllah di lain hari. Moga-moga penulisan masih bermakna dan terpilih untuk disiarkan. Amin.

Puisi ini berkenaan isu Anak-anak pada zaman ini yang sudah banyak melarikan diri bersama-sama teman atau diculik oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Risau! Ini dunia zaman 2 ribu. Semoga panahan yang tidak baik sentiasa jauh daripada diri kita dan keluarga. Amin.

Selamat membaca dan selamat menghayati Puisi Kepulangan Suci. Akhirnya segala kisah kembali terjalin baik dan penuh hikmah. Sungguh, itu yang diharapkan. 

Saturday, April 21, 2012

ULASAN CERPEN: CIKGU


JUDUL CERPEN: CIKGU
PENULIS: MOHD HELMI AHMAD
PENGULAS: HASNI JAMALI


Bukan kisah guru biasa. Berlaku kepada Aziz yang sentiasa tidak senang dengan kedudukan bapanya. Aziz seorang guru dan bapanya juga seorang guru. Apa pula yang menyebabkan ketidakselesaan Aziz kepada bapanya?

Membaca kisah yang ditulis oleh Mohd Helmi Ahmad ini menyedarkan saya tentang beberapa perkara. Ini kerana secara tidak langsung, saya mengaku saya juga seorang guru. Guru tidak formal kepada anak buah dengan mengajar mereka bacaan ayat suci dalam kita IQRA’.

Ya, satu tanggungjawab yang amat besar!

Ulasan saya kepada cerpen ini dahulu:

Berbalik kepada persoalan ketidakselesaan Aziz kepada bapanya ialah:
-      
        Aziz terlalu taksub dengan kerjayanya sebagai guru terlatih lepasan Universiti. Begitu gah dia mencanang gaya dan cara pengajarannya yang mendapat pengiktirafan kerajaan dan negara:


-      Namun, dalam ketaksubannya itu Aziz dapat melihat beberapa tuah yang mengelilingi bapanya. Dia sendiri tidak pernah menikmati tuah itu meskipun jawatannya sebagai guru diiktiraf Negara. Aziz cemburu kepada bapanya. Sering sahaja bapanya mendapat anak buah/ anak murid yang sentiasa tahu disiplin diri dan bijak belajar:


-         Aziz akhirnya insaf. Walau bapanya hanyalah seorang guru Mukadam yang tiada diiktiraf sijil dan kelayakan sepertinya, namun bapanya sering disebut sebagai contoh guru yang baik. Bapa Aziz benar-benar melahirkan anak-anak murid yang Berjaya dan menghormati guru. Ajarannya mudah, berbekalkan rasa ikhlas dan semangat yang tidak meminta-minta budi dibalas.

*CIKGU: Kaitannya dengan saya.
         Kini saya memikul tugas menjadi guru mengajar Iqra’ kepada anak buah yang sudah kehilangan ibu. Kasih sayang yang dicurahkan kepadanya tidak sama seperti kasih dan sayang seorang ibu kandung kepada anak kandung. Namun saya berusaha dan cuba. Melunaskan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.
Terkadang jika dia tidak dapat membaca dan mengingat seperti yang diajar, hampir sahaja darah saya naik hingga ke kepala. Rupanya baru saya sedar bahawa saya juga seorang pemarah dan kurang daya tahan sabar. Lekas benar mahu marah.




         Pengajaran yang saya peroleh daripada cerpen CIKGU tulisan Mohd Helmi Ahmad ini:-

1.                     Mendidik saya bahawa ini amanah besar buat saya kepada anak buah tersayang. Di awal usia 5 tahunnya kini, dia sudah kehilangan ibu tempat bermanja, dan ayah kandung pula jauh di perantauan. Pada siapa lagi kalau bukan saya yang menjadi sebahagian tempat dia menumpang kasih dan ilmu. Indah benar amanah ini andai saya laksanakan sepenuh jiwa dan raga. 
                     Menghalakan saya agar berbuat baik kepada anak yatim ini, mengajar ayat-ayat al-Quran menuju ke jalan yang benar dan ikhlas kerana Allah.
D           Dewasa kelak semoga anak buah saya ini menjadi anak yang soleh, sentiasa berbuat baik kepada manusia dan alam serta seorang hamba yang taat kepada perintah Allah. Amin.


*RASA INSAF AZIZ MENUSUK SAMA KE DALAM JIWA SAYA. Saya seorang guru tidak bertauliah yang berusaha meraih keikhlasan dalam mendidik anak buah saya mengaji kitab iqra’. sesungguhnya berkatilah keikhlasan hamba, Wahai Allah. amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Popular Posts

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Search

Pages

Suka baca!

iluvislam
Powered by Blogger.